IIM menerima kunjungan hormat dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM yang diketuai oleh Dr Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni, FEP UKM di Bilik Mesyuarat Utama Aras 1, Menara Integriti.
Turut disertai Prof. Madya Dr. Romlah Jaffar selaku Pensyarah Kanan dan pegawai-pegawai kanan FEP UKM , Encik Muhammad Jasmi dan Cik Siti Noor Kamaliah Mat Jusoh.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membangunkan program Sijil Profesional Kepimpinan Integriti antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam usaha untuk memperkasakan perancangan program serta memperkukuhkan lagi kerjasama yang terjalin antara IIM dan FEP UKM.