YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar Kementerian Pendidikan Malaysia pada 26 Mei 2022.
Deligasi 24 orang pegawai dan pensyarah IPG diketuai oleh YBrs. Dr. Mazlan bin Aris, Pengarah IPG Raja Melewar.
Perbincangan menjurus kepada kerjasama Konsultasi Pembangunan Pelan AntiRasuah IPG, pelaksanaan Penilaian Integriti individu IIM dan program latihan kepada pensyarah dan mahasiswa IPG Raja Melewar.
Kerjasama dua hala juga akan diperkukuh dalam ekosistem tadbir urus IPG ke arah mendukung integriti, ketelusan dan keberkesanan organisasi.
IIM turut diwakili oleh Tuan Haji Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan (Operasi) IIM, Pn Farah Idayu Jaafar, Ketua Seksyen Sistem Pengurusan Integriti IIM, En Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan IIM dan En Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Libat Urus IIM.





