21 April 2021: IIM telah menerima kunjungan hormat daripada Al Farabi Global Consulting yang diketuai oleh Dr. Ahmad Nazri Mansor. Pelbagai bentuk kerjasama telah dibincangkan antaranya adalah kerjasama bagi membangunan modul integriti. Selain itu isu-isu semasa berkaitan integriti dan antirasuah turut dibicarakan.

Turut hadir Dr Muhammad Atiullah Othman, Pensyarah Kanan UPSI, Prof. Madya Dr. Ishak Suliaman, Ketua Jabatan al-Quran dan Sunnah Universiti Malaya dan En. Mohd Fadhil Zulkifli, Konsultan di Al Farabi Global Consulting.

Dalam sesi tersebut, Al Farabi Global Consulting turut menyerahkan Buku Bicara Antirasuah Dalam Perspektif Syariah: Rasuah Politik sebagai tanda penghargaan atas input dan pengisian yang diberikan oleh IIM dalam membangunkan buku tersebut.