Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah menerima kunjungan daripada Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Pejabat Premier Sarawak dan wakil Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak yang diketuai oleh Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Pengarah UNIONS pada 13 Disember 2022 bertempat di Menara IIM.
Kunjungan ini merupakan susulan kepada sesi pembentangan Laporan Akhir Program Rintis Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) IIM di Sarawak pada 2 Disember 2022 lalu. Perbincangan menjurus kepada pembentangan halatuju Program CIB IIM serta cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara IIM bersama Kerajaan Negeri Sarawak untuk ditandatangani pada awal tahun 2023. Selain itu, kedua pihak juga membincangkan perancangan modul latihan program Train-of-Trainer (TOT) yang sedang dibangunkan oleh IIM untuk program CIB IIM di Sarawak.
Turut hadir bersama adalah Tuan Khairul Kabir bin Abdul Kadir, Pegawai Undang-undang, Pejabat Peguam Besar Negeri Sarawak; serta Encik Wan Mohamad, Encik Shamsul Bojeng dan Encik Roni Ah Hin dari UNIONS. IIM pula diwakili oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar, Pengurus Besar Kanan Khidmat Korporat; Puan Norashikin binti Baharudin, Ketua Seksyen Dasar & Penyelidikan; dan Encik Meor Shahram Faiz bin Meior Shariman, Ketua Tim Pembangunan Komuniti.



