Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) pada 23 Jun 2022 bertujuan membincangkan cadangan pelaksanaan Corruption Risk Assessment (CRA) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) SPNT.
Perbincangan juga menjurus kepada pelaksanaan program kesedaran berkaitan integriti yang boleh dilaksanakan kepada seluruh perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu. Sasaran SPNT adalah untuk melancarkan OACP mereka pada bulan November 2022 sempena sambutan Bulan Integriti Nasional.
Delegasi SPNT diketuai oleh En. Mohd Shahril Shamsuddin@Shamsualam, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu.
