Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan daripada Group Integrity & Governance, Telekom Malaysia Berhad (TM) yang diketuai oleh Puan Sharifa Abdul Kadar, Ketua Dasar, Pendidikan Kumpulan Integriti dan Tadbir Urus, TM.

Delegasi TM telah disambut oleh Puan Maisyarah Mansoruddin, Ketua Seksyen Audit Dalam dan Governans IIM.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk membincangkan cadangan penambahbaikan yang boleh diambil oleh TM dalam membudayakan integriti, tadbir urus terbaik dan antirasuah, seiring dengan objektif Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA).

TM merupakan antara pemenang Anugerah Emas dalam AIGA 2022 dan telah menyatakan hasrat untuk menyertai AIGA 2023.

Pendaftaran penyertaan untuk AIGA 2023 telah pun dibuka mulai 18 Januari 2023 dan akan ditutup pada 31 Mac 2023.