Institut Integriti Malaysia (IIM) turut terlibat dalam kontinjen perbarisan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2022.

Sambutan pada tahun ini cukup meriah dengan melibatkan penyertaan terbesar iaitu seramai 18,000 peserta membabitkan pelbagai kontinjen perbarisan antaranya daripada 27 kementerian dan pelbagai badan korporat dalam negara.

Semoga setiap ahli #KeluargaMalaysia yang berbilang bangsa dan kaum bersatu hati menyemarakkan Bulan Kebangsaan, menzahirkan semangat patriotisme serta bangga menjadi rakyat Malaysia.