Sempena Bulan Integriti Nasional yang disambut pada bulan November setiap tahun, masjid-masjid bagi seluruh Wilayah Persekutuan telah menyampaikan teks Khutbah Jumaat bertajuk “Integriti Teras Kesejahteraan Keluarga dan Masyarakat” pada 11 November 2022.

Antara intipati yang telah disampaikan pada Khutbah Jumaat ini termasuklah peranan Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam menjayakan agenda Integriti Nasional menerusi pelaksanaan pelbagai program kesedaran bersama sektor awam, swasta dan merangkumi masyarakat sepanjang bulan November.

IIM turut melaksanakan sesi rakaman dan temu ramah bersama Prof. Dr. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman, Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa. Selain itu, IIM turut mengadakan sesi rakaman temu ramah di dua (2) buah masjid di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).