YBhg. Tan Sri Dato’ Seri. Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara Merangkap Pengerusi IIM telah merasmikan Dewan Murni Institut Integriti Malaysia pada 22 Februari 2023.
Pada majlis ini, YBhg. Tan Sri turut menzahirkan harapan agar warga IIM terus menyalurkan sistem penyampaian dan perkhidmatan dengan penuh profesional dan berintegriti, apatah lagi dalam era pascanormal yang mencabar dan penuh ketidaktentuan.
Pada 22 Ogos 2022 lalu, IIM telah dikejutkan dengan kejadian ribut dan angin yang sangat kencang yang telah mengakibatkan kerosakan yang teruk pada dinding dewan ini. Namun kerja-kerja baik pulih telah segera dilaksanakan.
Ianya juga bagai memberi sinar kepada IIM untuk tampil dengan imej dan keterampilan baharu. Tempahan untuk menggunakan dewan ini juga telah mula diterima daripada pihak luar.






