Program Pendidikan berdasarkan Pendedahan Praktikal di luar bagi warga INTEGRITI ini bertujuan memberi pendedahan kepada seluruh warga untuk melihat Malaysia diluar kotak pemikiran atau gambaran seolah-olah negara Malaysia itu sama dengan apa yang dilihat wujud di Kuala Lumpur.
Untuk mencapai hasrat tersebut,Taman Negeri Royal Belum, Perak telah dipilih sebagai destinasi atas beberapa faktor iaitu lokasinya mempunyai ciri-ciri yang memenuhi hasrat kami untuk memberi pendedahan kepada warga INTEGRITI. Kedua, ianya juga akan dapat melahirkan rasa kesyukuran dengan keindahan alam yang belum dirosakkan dengan kerakusan manusia dan pembangunan yang tidak diperlukan dan pendedahan kepada kehidupan sesetengah rakyat Malaysia di luar bandar dan di dalam hutan, warga INTEGRITI akan lebih prihatin akan kepentingan tugas yang telah diamanahkan.