Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memenuhi jemputan dari Pejabat Setiausaha Dewan Negara bertempat di Parlimen Malaysia bagi membincangkan cadangan program yang boleh dilaksanakan oleh IIM untuk Ahli Dewan Negara.
Ini susulan daripada hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Bil 1/2023 yang meminta IIM untuk mencadangkan satu modul latihan kepada Ahli Dewan Negara selaras dengan hasrat Speaker Dewan Negara agar ahli parlimen dan senator mengikuti latihan pemantapan etika seperti dalam syor yang terkandung dalam pindaan Akta Kuasa dan Keistimewaan Parlimen 1952.
Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dengan dihadiri wakil-wakil JKPK TIA.
Delegasi IIM telah diketuai oleh Encik Mas Affendi bin Masarudin, Pegawai Tugas-Tugas Khas KPE, Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif, Konsultan Seksyen Pengurusan Integriti dan Encik Suhaimi Mohd Noh, Konsultan Seksyen Advokasi Latihan.


