Datuk KPE telah hadir ke Istiadat Sambutan Negara bagi Presiden Jerman, TYT Frank-Walter Steinmeier dan Madam Elke Budenbender di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2023.

Pada sebelah malamnya pula, beliau turut hadir ke Majlis Jamuan Negara Meraikan Lawatan Negara oleh TYT Presiden Jerman di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Lawatan negara terakhir melibatkan Presiden Jerman ke Malaysia ialah pada April 1997 iaitu hampir 26 tahun yang lalu.

Semoga hubungan baik dan erat kedua-dua negara akan terus kukuh khususnya dalam mendaulatkan agenda integriti dan tata kelola baik dalam segenap pelosok masyarakat.