YBhg. Datuk KPE memenuhi jemputan daripada International Anti-Corruption Academy (IACA) sebagai penceramah dalam program “2022 Regional Alumni Conference- Asia” bertempat di Kuala Lumpur pada 25 November 2022.
Program yang dihadiri oleh alumni IACA dari Malaysia, Indonesia, Filipina, India, Hong Kong, Jerman, Afghanistan, Bangladesh, Mongolia, Nepal dan Pakistan adalah bertujuan memberikan pendedahan serta perkongsian tentang inisiatif integriti, tadbir urus dan anti-rasuah.
YBhg. Datuk KPE telah membentangkan kertas bertajuk “Managing and Promoting Organisational Integrity: Integrity as a Governing Ethic” serta berkongsi tentang peranan serta pengalaman IIM sebagai peneraju inisiatif penerapan dan pemantapan integriti dan tadbir urus di Malaysia. Ini termasuklah projek Pembangunan Integriti Peringkat Komuniti (CIB), program-program latihan, konsultasi, penilaian dan juga modul-modul integriti yang telah dibangunkan oleh IIM untuk sektor awam dan korporat.





