[:en]Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) meraikan Felo Utama Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong atas sumbangan ternilai beliau selaku Felo Utama INTEGRITI semalam, 24 Januari 2018.
Beliau individu pertama dilantik sebagai Felo Utama INTEGRITI iaitu sejak tahun 2015.
Majlis berlangsung di Menara INTEGRITI, Kuala Lumpur.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, Profesor Dato’ Dr Abdul Rahman, yang juga Profesor Emeritus Sosiologi Pembangunan dan Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia, telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan INTEGRITI sejak sebelum institut ini ditubuhkan.
“Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman telah banyak membantu kami sejak awal lagi, bukan sahaja ketika hanya sebagai Felo Utama INTEGRITI sejak tahun 2015, tetapi sejak institut ini belum ditubuhkan,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Mengenang Budi.
Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman telah menjayakan banyak penyelidikan asas, gunaan dan strategik yang dibiayai oleh organisasi dalam negara dan antarabangsa. Antara sumbangan beliau yang penting iaah peranannya dalam memimpin pasukan pengkaji menggubal Pelan Integriti Nasional (PIN) dan menyediaan kertas konsep INTEGRITI yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 April 2004.
Beliau merupakan salah seorang anggota pasukan kajian Persepsi Awam Mengenai Rasuah Di Malaysia, yang membawa kepada penggubalan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan INTEGRITI pada tahun 2004.
Dalam pada itu, Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman berkata, “saya tidak mahu majlis ini dianggap sebagai satu majlis perpisahan.”
“Saya akan terus memberi sumbangan dan nasihat bagi pembangunan INTEGRITI. Saya bukan sahaja terlibat (membantu INTEGRITI) sejak tiga tahun yang lalu, tetapi sejak 2003,” kata beliau yang sinonim dengan perjalanan INTEGRITI sejak 14 tahun yang lalu.
Beliau merupakan antara personaliti yang sentiasa memberi sokongan padu kepada INTEGRITI dan menghadiri hampir kesemua program utama INTEGRITI.
Pada Julai 2017, beliau muncul sebagai tokoh pertama menyampaikan syarahan dalam Siri Syarahan Perdana Integriti Tun Abdullah Ahmad Badawi, di bawah tajuk “Melangkaui 2020 Ke Arah 2050: Menangani Cabaran Baharu Integriti Negara”.
[:my]Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) meraikan Felo Utama Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong atas sumbangan ternilai beliau selaku Felo Utama INTEGRITI semalam, 24 Januari 2018.

[:]