[:my]SHAH ALAM, 2 Sept – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) mengadakan program Family Integrity Walk di Shah Alam, hari ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin turut hadir melepaskan para peserta.

Hampir 500 peserta mengambil bahagian dalam program ini yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14.

Berpandukan program Family Integrity Walk yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini oleh INTEGRITI, pihak MBSA tertarik dengan konsep yang diketengahkan dan memohon agar program sedemikian diadakan di kawasan Shah Alam.

Selain usaha memupuk nilai-nilai murni dalam keluarga, objektif utama lain bagi penganjuran program ini adalah untuk memperkasakan hubungan kekeluargaan yang mungkin renggang akibat tuntutan tanggungjawab sehari-harian.

INTEGRITI percaya bahawa program bersifat santai ini mampu menjadi medium terbaik untuk menyampaikan mesej integriti kepada ibu bapa seterusnya anak-anak.

Antara aktiviti pengisian yang telah dirancang adalah aktiviti berjalan bersama keluarga, pertandingan keluarga bahagia, sesi ‘story telling’ bersama anak-anak, aktiviti bersama keluarga, pengagihan belon INTEGRITI kepada kanak-kanak.

Prograsm rekreasi ini dianjurkan dengan tujuan melahirkan warga kota Shah Alam yang sihat dan cergas.

 [:]