Institut Integriti (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti dan Etika Penjawat Awam” dalam program anjuran Unit Integriti Jabatan Pertanian ke arah Pensijilan Pengurusan Sistem Antirasuah MS ISO 37001:2016 pada 6 September 2022.
Sesi yang dilaksanakan secara atas talian ini dihadiri seramai 240 orang melibatkan pegawai-pegawai pengurusan atasan dan sokongan dari Jabatan Pertanian seluruh Malaysia.
Intipati ceramah yang disampaikan adalah berkaitan konsep dan elemen integriti dan etika yang perlu diamalkan dalam tugasan harian sebagai anggota perkhidmatan awam. Ini termasuk isu dan cabaran anggota perkhidmatan awam dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Ceramah disampaikan oleh Konsultan Kanan IIM, Seksyen Advokasi dan Libat Urus, Puan Zarina Mohamad Amin.
