Institusi Integriti Malaysia (INTEGRITI) akan mengemukakan kertas cadangan dasar mengenai keselamatan dan kebajikan penguatkuasa ketika bertugas kepada kerajaan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Anis Yusal Yusoff berkata, ia merupakan pendekatan julung kali dilakukan institusi itu untuk memberi perlindungan kepada penguatkuasa yang melaksanakan tugas dengan penuh integrity.