{:my}cas_july_2016c cas_july_2016dKementerian Kerja Raya Malaysia telah bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dalam usaha untuk membangunkan Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti Kementerian Kerja Raya (KKR) 2016-2020.

Pelan ini adalah kesinambungan daripada Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti, Kementerian Kerja Raya Malaysia 2014-2015 yang telah tamat tempohnya. Ia bertujuan untuk memperkasakan amalan integriti yang merupakan tunjang atau teras kepada pembentukan sebuah organisasi yang maju serta seimbang dan seterusnya menyumbang ke arah kemakmuran negara.

Sebagai sebuah kementerian yang terlibat secara langsung dalam agenda pembangunan negara, amatlah penting bagi setiap individu dalam kementerian ini untuk menggalas tanggungjawab dengan penuh integriti agar dapat dinilai baik oleh masyarakat.

Seramai 35 orang warga Kementerian Kerja Raya yang mewakili setiap bahagian dan agensi di bawahnya telah hadir dan bersama-sama memberi input serta merangka program dan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan integriti warga kementerian.

Pembentukan Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti KKR 2016-2020 ini perlu melalui beberapa peringkat. Ia dimulakan dengan bengkel brainstorming yang bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan integriti yang wujud dalam organisasi dan punca kepada permasalahan itu.

Bengkel brainstorming ini disusuli dengan bengkel scopping iaitu mengenal pasti strategi-strategi yang sesuai bagi menyelesaikan masalah-masalah yang telah disenaraikan. Melalui sesi ini juga para peserta dikehendaki merangka program atau aktiviti bagi menjayakan strategi yang telah ditentukan itu.

Mereka diminta untuk mengisi template yang telah disediakan oleh urus setia. Peringkat seterusnya adalah Bengkel Pemurnian Deraf Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti KKR 2016-2020 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Julai 2016 yang lalu di Menara Integriti.

Menerusi bengkel ini, Deraf Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti KKR 2016 – 2020 ini dibentangkan di hadapan beberapa orang juri bebas untuk
mendapatkan ulasan dan pandangan ke arah penambahbaikan deraf tersebut.

Para juri bebas ini didatangkan khas dari Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Audit Negara.

Deraf Pelan Tindakan Pengukuhan Integriti KKR 2016-2020 ini bakal dibentangkan sekali lagi kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya untuk mendapatkan persetujuan sebelum ia dibuku dan diterbitkan.{:}{:en}cas_july_2016c cas_july_2016d

The Malaysian Ministry of Works has partnered with INTEGRITI in order to develop the action plan for strengthening their 2016 -2020 integrity plan.

The plan is a continuation of the expired Integrity Action Plan, 2014-2015. It aims to strengthen the practice of integrity which is the core to the establishment of an organisation. A total of 35 staff of the Ministry of Works, representing each departments  were present and provide input for programmes and activities geared to improving the integrity of the officials.

The formation of the Integrity Action Plan began with a brainstorming workshop aimed at identifying the problems exist in the organization.

Through this workshop, the draft of the action plan was presented in front of several independent juries to get their input and reviews towards the improvement of the draft.

The independent jury was brought in from the Prime Minister Department, the Malaysian Anti-Corruption Commission and the National Audit Department.

Draft Action Plan 2016-2020 Integrity KKR will be presented once again to the top management of the Ministry of Public Works for approval before it is compiled and published.

 {:}