wanitacas20161Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada Mac setiap tahun, INTEGRITI telah menganjurkan satu perkongsian ilmu bertajuk ‘Peranan Wanita Dalam Pembudayaan Integriti’ di Dewan Murni, Menara Integriti.

Program yang berlangsung pada 9 Mac itu menampilkan tokoh akademik dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO), Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang juga merupakan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) sebagai pembicara utama. Dua panel lain yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif VOGUE Malaysia, Puan Jamilah Hanim Othman yang juga merupakan ahli INTEGRITI.

Dalam program berkenaan, Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah berkata, pembudayaan integriti bermula dengan amalan individu yang berintegriti kerana ia mampu membina hubungan breakfast talk / Syarahan dengan yang lain berasaskan nilai-nilai bersama. Justeru tambahnya, dalam institusi keluarga, wanita selaku ibu harus sering menggunakan istilah-istilah berkaitan integriti seperti kebertanggungjawaban, hormat, keadilan, kebolehpercayaan dan kejujuran dalam kehidupan seharian.

wanitacas20162Menyedari kepentingan wanita dalam membudayakan integriti, Dato’ Dr. Siti Norlasiah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap trend anak muda masa kini yang enggan mendirikan rumah tangga. Katanya, dapatan ini diperoleh daripada Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 pada 2014.

Meskipun begitu, beliau mengakui bahawa peranan wanita dalam membudayakan integriti tidak hanya terhad di rumah. Menurut, Dato’ Dr. Siti Norlasiah, kajian oleh TalentCorp pada 2013 ke atas 122 syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia pada tahun tersebut mendapati bahawa 24 peratus daripada pengurusan tertinggi adalah wanita. Bagaimanapun, jumlah ini didapati masih belum mencapai sasaran negara iaitu 30 peratus menjelang 2016.