Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Pemurnian CRA OACP kepada wakil pengurusan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) pada 26-27 Januari 2023.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memurnikan hasil akhir Pelan Tindakan OACP yang telah dirangka sebelum dibentangkan kepada pengurusan tertinggi BMMB. Dalam bengkel ini juga, konsultan IIM memberikan penerangan berkaitan penilaian dan pemantauan OACP dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh BMMB.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Konsultan IIM, Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dan Encik Mazwane Musa.

The Malaysian Institute of Integrity (IIM) conducted the CRA OACP Refinement Workshop for the staff of Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) on 26-27 January 2023.

The aim of the workshop is to refine the draft OACP Action Plan before it is presented to the top management of BMMB. During this workshop, the IIM consultants briefed the participants on the assessment and monitoring process of OACP in order to achieve the vision and mission of BMMB.

The workshop was conducted by IIM Consultants, Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif and Encik Mazwane Musa.