Sejak pelancarannya pada 23 Mac 2022, Ahli Lembaga Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) telahpun membangun dan membaca ikrar integriti korporatnya buat pertama kali di Menara Integriti pada 31 Mac 2022. Ini sejajar dengan mandat IIM untuk menerapkan nilai integriti dan tadbir urus yang baik dalam masyarakat Malaysia termasuk sektor koperasi.

Diharap agar Ahli Lembaga Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) dapat sentiasa patuh dan berintegriti dalam menjalankan tugas mereka, di samping menjadi “Duta Integriti” dalam menyemai semangat integriti dalam diri setiap ahlinya.