Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri program Hari Integriti KPDNHEP bertempat di Dewan Serbaguna Aras G, KPDNHEP Putrajaya, pada 22 November 2022.

IIM telah membuka ruang pameran yang telah dikendalikan oleh Encik Mohammad Khairul Azwan bin Mohd Ropal, Encik Muhammad Nazreen Bin Taharim dan Encik Khairul Aman Bin Baharum dari Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat IIM. Sepanjang pameran diadakan, para pegawai telah memberi penerangan berkaitan produk-produk yang ditawarkan oleh IIM kepada tetamu yang hadir. Antara produk yang diperkenalkan oleh IIM sepanjang Program berlangsung adalah seperti Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Anti-Bribery Management Systems (ABMS), serta Modul Integriti Penguatkuasa (MIP).