Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk membuka ruang pameran di lobi utama FGV Kuala Lumpur bersempena dengan program Hari Integriti FGV Holdings Berhad, pada 13 Disember 2022.

Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang konsep integriti serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM yang memfokuskan kepada integriti dan governans.

Pegawai IIM yang terlibat dalam sesi pameran ini ialah Encik Khairul Aman Bin Baharum dan Encik Muhammad Nazreen bin Taharim.