Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan menyampaikan kursus “Governance Talk For Executive” Bil 2/2022 serta menjadi panel bual bicara bertajuk “Integriti di Hati, Rasuah di Benci” yang dianjurkan oleh Akademi Percukaian Malaysia (LHDN) pada 18 Oktober 2022.
Sesi yang berlangsung secara atas talian ini telah dihadiri seramai 126 orang terdiri daripada pegawai-pegawai Eksekutif Cawangan LHDN di seluruh Malaysia.
Wakil panel IIM bagi forum ini adalah Konsultan Kanan IIM, Seksyen Advokasi dan Latihan, Puan Zarina Mohamad Amin.

