YBhg. Datuk KPE telah memenuhi jemputan sebagai ahli Panel Forum dalam Governance, Risk and Compliance (GRC) Asia 2022 bertempat di Kuala Lumpur pada 28 November 2022.
Berdasarkan tema Forum bertajuk “Addressing the Challenges in the Implementation of Section 17A MACC Act 2009 and Discussing the Law Enforcement Patterns in Malaysia”, Datuk KPE telah berkongsi tentang peranan serta pengalaman IIM sebagai peneraju inisiatif penerapan dan pemantapan integriti dan tadbir urus dalam negara, terutamanya berkaitan liabiliti korporat serta produk Latihan yang ditawarkan oleh IIM kepada sektor swasta berhubung Seksyen 17A Akta SPRM.
Turut dikongsikan ialah mengenai mandat baharu IIM yang berfokuskan kepada pendidikan, advokasi dan latihan; penyelidikan dan penerbitan; dan kerjasama strategik.
Antara ahli panel lain dalam sesi tersebut adalah Encik Rohizan Ahmad (Legal Director-Malaysia, Singapore & Australia, Japan Tobacco International), Puan Annabella Subashini (Head of Compliance, Integrity & Ethics, Axiata Group Berhad), Encik Dzahidi Mohamad (Chief Integrity & Governance Officer, Affin Bank Group), dan Puan Reinushini Chandrasegaram (Chair-Professional Development, Malaysian Alliance of Corporate Directors).



