YBhg. Datuk KPE memenuhi undangan United Nations Development Programme (UNDP) sebagai ahli panel forum bagi projek “Promoting A Fair Business Environment in ASEAN (FairBiz)” yang diadakan di Bangkok, Thailand pada 24 November 2022.

Program ini dirangka oleh UNDP khusus sebagai forum untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama antara sektor awam dan swasta khususnya dalam memantapkan nilai tadbir urus, integriti dan anti-rasuah khususnya di kalangan negara-negara ASEAN.

KPE telah berkongsi tentang peranan serta pengalaman IIM sebagai peneraju inisiatif penerapan dan pemantapan integriti dan tadbir urus di seluruh peringkat masyarakat di Malaysia. Ahli panel forum lain termasuklah Dr. Hady Fink dari Partnership for Transparency Europe, Encik Utit Buasri, Setiausaha Agung Suruhanjaya Anti Rasuah Nasional Thailand, Encik Hoang Duc Hung dari Biro Anti Rasuah Inspektorat Kerajaan Vietnam dan Encik Pahala Nainggolan dari Agensi Pencegahan Rasuah Nasional Indonesia.