Institut Integriti Malaysia (IIM) telah turut serta dalam sesi Forum Bicara Integriti, Governans dan Antirasuah (BiGIAR) anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk Siri 2 Tahun 2022 Peringkat Zon Utara pada 25 Oktober 2022.
Program BiGIAR Peringkat Zon Utara ini telah dirasmikan oleh YAS Dato’ Sri TS. Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah JBPM di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Albukhary, Kedah Darul Aman dan telah dihadiri oleh beberapa Agensi Pasukan Berunifom, PBT, Majlis Perbandaran, Agensi Kerajaan Negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.
Turut hadir moderator, Tn Hj Hamilye Sham Harun serta ahli panelis diantaranya YBrs. Profesor Dr. Sivamurugan Pandian, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USIM), KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Kedah dan Tuan Nor Zahidi Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA.



