Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan menyampaikan ceramah bertajuk “Etika Kerja Perkhidmatan Awam” anjuran Pusat Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada 26 Oktober 2022.

ILKEM merupakan institut latihan yang berada di bawah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri. Sesi ceramah integriti tersebut adalah merupakan sebahagian dari pengisian Kursus Etika Kerja : Peranan Penyelia yang dijalankan selama 3 hari. Sesi ceramah ini telah dihadiri oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada pegawai penyelia dan ketua unit CGSO.

Objektif ceramah integriti adalah untuk memberi pemahaman, kesedaran serta pengamalan etika kerja pegawai-pegawai penyelia CGSO selaras dengan Kod Etika Penjawat Awam. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan pemahaman mengenai Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) selain kesedaran peri pentingya integriti dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

Sesi ini telah disampaikan oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.