Ethics and Integrity Training Programme

PENGENALAN ETHICS & INTEGRITY (E&I)

Institut Integriti Malaysia (IIM) menawarkan beberapa bentuk program latihan berfokuskan nic integriti yang memberi pendedahan, pemahaman, pengukuhan nilai-nilai murni, etika dan integriti dan amalan terbaik kepada para peserta termasuklah isu-isu serta cabaran semasa dalam episode pencegahan rasuah di Malaysia. 

OBJEKTIF PELAKSANAAN (E&I)

Program latihan Ethics & Integrity (E&I) merupakan satu program latihan komprehensif dimana pendekatan holistic diaplikasikan sebagai satu kaedah yang menggabungkan pendedahan dan kefahaman mendalam berkenaan dengan proses kesedaran kendiri, konsep dan definisi etika dan integriti, proses membuat keputusan secara beretika dan berintegriti dan juga proses pembudayaan etika dan integriti.

HASIL PEMBELAJARAN E&I

  • Meningkatkan refleksi kesedaran kendiri mengenai etika dan integriti.
  • Mengukuhkan kefahaman mengenai konsep dan definisi etika dan integriti.
  • Memberi pendedahan mengenai proses membuat keputusan secara beretika dan berintegriti.
  • Membudayakan amalan terbaik berdasarkan nilai-nilai murni etika dan integriti.

MANFAAT E&I

  • Pengenalan terhadap refleksi kesedaran kendiri dan memahami kepentingannya
  • Pengenalan kepada proses membuat keputusan beretika dan bagaimana cara untuk melaksanakannya.

Bagaimana E&I dilaksanakan?

Secara fizikal selama dua (2) hari dan atas talian selama satu (1) hari.

 Program latihan Ethics & Integrity (E&I) sesuai disertai oleh pegawai dari sektor awam dan swasta. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi IIM www.iim.gov.my atau hubungi kami di nombor yang tertera di bawah.