12 October 2024 9:21 am

Kunjungan delegasi Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima kunjungan delegasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dr. Yarina Ahmad, Pengarah Institute for Biodiversity and Sustainable Development (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 9 September 2024.

Kunjungan delegasi ni bertujuan untuk membentangkan cadangan Pembangunan Instrumen dan Pelaksanaan Kajian Indeks Integriti Malaysia yang akan dibangunkan oleh IIM dengan kerjasama strategik penyelidikan bersama UiTM.

Indeks Integriti Malaysia yang bakal dibangunkan ini diharapkan dapat mengukur tahap integriti dalam pelbagai sektor seperti sektor awam, swasta, serta institusi keluarga dan masyarakat. Ianya juga diharap dapat menyokong pembentukan dasar dan strategi yang lebih berkesan dalam meningkatkan integriti negara.

Sesi pembentangan yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IIM ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Salihin bin Othman, Ahli Lembaga Pengarah IIM, dan 2 (dua) Ahli IIM iaitu Profesor Dr. Sarjit Singh A/L Darshan Singh, dan Dr. Tan Seng Giaw.

Turut bersama dalam pembentangan ini, Encik Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir, Ketua Pegawai Sektor Strategi, Encik Izal Arif bin Zahrudin, Ketua Pegawai Sektor Operasi, Puan Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan, dan pegawai-pegawai di Bahagian Penyelidikan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Latest News

  • All Post
  • News

Social Media

TODAY'S TOTAL : 40
NUMBER OF VISITORS : 206192

Recognition

Contact

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 12 October 2024

Skip to content