casfeb2Kepercayaan ramai bahawa penghujung kanser adalah maut tidak lebih daripada
mitos semata-mata. Malahan, ia turut melahirkan senario prejudis dalam
masyarakat.

Mengambil kira perspektif berkenaan, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
telah menganjurkan diskusi berjudul “Penjagaan Kesihatan Kanser, Tanggungjawab
Kita: Perspektif Integriti” pada 17 Februari lalu di Menara Integriti.

Ia bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari
setiap tahun.

Tujuan utama penganjuran diskusi ini adalah untuk berkongsi pandangan dan
pengalaman tentang isu berkaitan integriti dalam keluarga. Selain itu, ia turut
membincangkan perihal etika perniagaan dan integriti kos rawatan serta penjagaan
kesihatan yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Menurut pembicara utama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, adalah
dijangkakan bahawa kes kanser akan meningkat kepada 57,000 orang berbanding
seramai 90,000 yang menerima rawatan kanser dalam negara pada tahun 2014.
Akuinya, empat faktor utama kanser ialah umur, cara hidup, persekitaran dan
jangkitan kronik.

Selain, Datuk Dr. Jeyaindran, turut hadir berkongsi pandangan dan pengalaman
ialah wakil Pengurus Besar Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Farahida Dato’ Mohd
Farid dan Mohd Zulhilmi Suderman. Zuhilmi merupakan survivor kanser paru-paru
tahap 4.

Hasil diskusi berkenaan, Dr Anis Yusal Yusoff memaklumkan bahawa breakfast talk
/ Syarahan INTEGRITI akan menyediakan satu kertas kerja berkaitan isu-isu
integriti dalam penjagaan kesihatan kanser untuk diserahkan kepada kerajaan.
Tambahnya, ini penting bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat di negara ini.