Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan menyampaikan ceramah bagi Program Good Governance Siri 3/2022 anjuran Leadership Institute of Sarawak Civil Services pada 24 Ogos 2022.

Program ini terbahagi kepada dua sesi, dimana sesi kedua yang berlangsung selama empat (4) jam dengan tajuk ceramah Fundamentals of Ethics & Integrity telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Libat Urus IIM, En. Suhaimi Mohd Noh.

Program ini telah dihadiri oleh 38 orang Pegawai-pegawai Tadbir yang terdiri daripada bahagian Pengurusan dan Profesional yang bertugas di seluruh negeri Sarawak.