Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk berkongsi pandangan dan idea dalam sesi khas Ceramah Pengukuhan Integriti, sempena Sambutan Hari Integriti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah diadakan di MIDA Sentral pada 15 November 2022. Majlis telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi dan pegawai-pegawai MIDA.

Ceramah Integriti bertajuk, “Integriti dan Tadbir Urus Baik Memacu Kecermerlangan Organisasi” telah disampaikan oleh En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat IIM. Turut hadir adalah En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Latihan IIM.