Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Kolej Tunku Kurshiah (KTK) untuk menyampaikan ceramah ‘Me & Integrity’ kepada pelajar-pelajar tahun satu dan dua program Diploma pada 20 Oktober 2022.

Sesi telah dihadiri seramai 33 orang pelajar serta Penyelaras International Baccalaureate Diploma Program IBDP, Datin Noraini Binti Ishak dan Cikgu Suraya Aisyah Binti Shake Murad, guru bimbingan dan kaunseling IBDP. Sesi ceramah telah disampaikan oleh En. Suhaimi Mohd Noh, Konsultan Advokasi dan Latihan IIM.