Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk menyampaikan satu slot ceramah bertajuk “Integriti,Tadbir Urus Baik, Pemacu Kecemerlangan” dalam Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah pada 24 & 25 Mei 2022. Ceramah telah disampaikan oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Libat Urus, IIM.
Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais, Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Tema sambutan kali ini ialah “ Integriti, Tadbir Urus Baik Pemacu Kecemerlangan”
Sesi yang dilakukan secara dalam talian ini telah dihadiri seramai 71 peserta yang terdiri daripada warga Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta wakil dari 25 Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Sabah.


