Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput menyampaikan ceramah berkaitan “Integriti, Penyelewengan, Salah Laku dan Pencegahan dalam Perkhidmatan Awam” sempena Kursus Pembangunan Individu Berintegriti Siri 1/2023 di Maktab Polis DiRaja Malaysia (MPDRMKL), Kuala Lumpur pada 31 Januari 2023.

Ceramah tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan integriti dan etika kerja dalam melaksanakan tugasan disamping mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Seramai 26 peserta telah menghadiri ceramah tersebut yang terdiri daripada Pegawai-pegawai berpangkat Inspektor, Assisten Superitenden (ASP) dan Timbalan Superitenden (DSP).

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Suhaimi Bin Mohd Noh, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.