Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah Integriti dan Akauntabiliti Penjawat Awam anjuran Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (PULAPES) pada 16 Ogos 2022.

Program ini melibatkan 48 orang anggota Penguat Kuasa seluruh Negeri Selangor yang sedang menjalani Kursus Asas Penguat Kuasa Selangor Siri 2 / 2022. Sesi ceramah ini juga merupakan salah satu daripada slot wajib yang terkandung dalam pelaksanaan kursus tersebut.

Pengisian ceramah banyak menyentuh berkaitan nilai dan etika anggota penguatkuasa selain menekankan peri pentingnya elemen integriti dalam menjalankan tugas sebagai penguatkuasa. Sesi yang berlangsung selama 4 jam itu telah mendapat reaksi yang sangat baik dari para peserta ditambah pula dengan penglibatan aktif para peserta dalam setiap perbincangan dan juga aktiviti secara berkumpulan.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Libat Urus, IIM.