Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan menyampaikan slot ceramah integriti bagi Program Transformasi Minda (PTM) bertajuk “Pengurusan Integriti dan Keselamatan (Isu Integriti)” yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) pada 29 September 2022.
Sesi ini telah dihadiri seramai 25 orang terdiri daripada profesor, pensyarah kanan dan kumpulan sokongan yang dalam tempoh percubaan lantikan tetap. Intipati ceramah yang disampaikan adalah berkaitan isu-isu integriti & etika yang perlu diamalkan dalam tugasan harian sebagai anggota perkhidmatan awam.
Ceramah disampaikan oleh Konsultan Kanan IIM, Seksyen Advokasi dan Latihan Pn Zarina Mohamad Amin.
