Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyampaikan ceramah “Do The Right Things” dan “NACP dalam Integrity Awareness Program (IAP)” bertempat di Dewan Anggerik, Menara PGRM, LHDNM Cheras pada 14 Julai 2022.

Seramai 38 orang peserta dari pelbagai cawangan LHDN telah hadir dalam sesi tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh konsultan IIM, En. Abdul Rahman bin Abdullah dan dibantu Pn Munah bt Abdul Aziz bagi sesi On Job Training (OJT).