Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk “Tadbir Urus Berintegriti” kepada warga kerja Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kuala Lumpur pada 16 November 2022.

Seramai 67 warga kerja MARA serta para pelajar daripada German Malaysian Institute (GMI) telah hadir dalam sesi ceramah tersebut. Turut hadir YBrs En. Md Najib Mo’min, Ketua Unit Integriti MARA serta barisan pengurusan MARA.

Objektif ceramah ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga MARA mengenai Tadbir Urus dan Integriti dalam tugasan harian.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh En. Suhaimi Bin Mohd Noh, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.