Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pengukuhan Integriti Dalam Memahami Tatacara Pencegahan Rasuah Melalui Sistem Kawalan Dalaman” kepada Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) pada 3 November 2022.
Sesi ceramah yang diadakan di Pusat Pengaman Malaysia (PPM) Port Dickson, Negeri Sembilan ini telah dihadiri seramai 15 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) MDIO.
Sesi yang berlangsung selama 4 hari ini merupakan salah satu daripada pengisian bersempena Seminar Pengurusan Integriti Malaysian Defence Intelligence Organisation Siri 2/2022.
Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada warga MDIO mengenai tanggungjawab pengurusan integriti dan tadbir urus agar selari dengan kehendak perkhidmatan.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh Pn Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.


