Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pembudayaan & Pengukuhan Budaya Integriti Dalam Diri Penjawat Awam” kepada wakil pengurusan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak pada 28 Oktober 2022.

Program latihan selama dua (2) hari yang dilaksanakan di Kuching, Sarawak ini merupakan salah satu daripada pengisian bersempena sambutan Hari Psikologi & Integriti  UNIFOR 2022.

Antara objektif utama pelaksanaan sesi ceramah tersebut adalah untuk memberi penghayatan mengenai Ikrar Integriti Penjawat Awam, memahami dan mengaplikasi nilai sepunya dan kod etika yang telah digariskan oleh Jabatan Premier Sarawak.

Sesi ceramah yang dihadiri oleh seramai 38 orang pegawai kumpulan pengurusan sehingga kepada kumpulan sokongan telah membuka kesedaran dan kefahaman terutamanya bagaimana membudayakan integriti dalam organisasi.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.