Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Pembudayaan Integriti Dalam Organisasi” bagi Kursus Kawalan & Audit Kedai Bebas Cukai (KBC) anjuran Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Cawangan Langkawi pada 3 Oktober 2022.

Sesi ini telah melibatkan seramai 27 orang Pegawai Kastam yang terdiri daripada pegawai di Bahagian Perkastaman yang bertugas di KBC dan Bahagian Pematuhan. Sesi ceramah ini merupakan slot wajib yang terkandung dalam pelaksanaan kursus tersebut.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, Pn Munah Abdul Aziz.