Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan ceramah bertajuk “Nila Setitik: Tatakelakuan & Tatatertib” kepada warga kerja Universiti Pertahanan Nasional Malaysia anjuran Kesatuan Kakitangan Sokongan UPNM (KESUPNA) bersempena Hari Bersama Pelanggan KESUPNA pada 30 September 2022.
Seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kumpulan sokongan dan eksekutif telah hadir dalam sesi tersebut yang berlangsung di Dewan Bestari, UPNM, Kuala Lumpur.
Objektif sesi ini adalah untuk meningkatkan Integriti dalam tugasan dan fungsi di tempat kerja serta kesan pelanggaran tatatertib di bawah Akta 605. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, En. Suhaimi Mohd Noh.

