Bersempena sambutan Hari Integriti Nasional 2022, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk “Me and Integrity” kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Sains (MOSTI) pada 23 November 2022.

Sesi ceramah ini telah dihadiri seramai 25 orang pegawai dari pelbagai kumpulan skim perkhidmatan MOSTI.

Ceramah yang berlangsung di Putrajaya ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai integriti dalam kalangan warga kerja MOSTI dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

Sesi ceramah telah disampaikan Pn Zarina Binti Mohamad Amin, Konsultan Kanan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.