Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Kesedaran Integriti di Tempat Kerja” kepada warga kerja Syarikat UMP Holdings Group, di Gambang, Kuantan pada 27 Oktober 2022.
Sesi ini telah dihadiri seramai 183 warga kerja UMP Holdings Group.
Turut hadir dari UMP adalah YBrs En. Azman Ridwan, Timbalan Presiden Kanan, Division Perniagaan; Puan Aida Husna Roslan, Timbalan Presiden Undang-undang & Governan dan barisan pengurusan UMP Holdings Group.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh En. Suhaimi Bin Mohd Noh, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM.


