Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kesedaran Integriti’ pada 26 Julai 2022.

Seramai 102 warga kerja PPUM yang terdiri daripada Pegawai Penyelia dari pelbagai Jabatan Klinikal, bukan Klinikal dan Sokongan Klinikal telah hadir dalam sesi ceramah yang diadakan secara dalam talian ini.

Ceramah ini bertujuan mempertingkatkan lagi tahap kesedaran warga kerja PPUM terhadap etika & integriti dalam tugasan harian mereka.

Ceramah telah disampaikan oleh En. Suhaimi Mohd Noh, Konsultan Seksyen Advokasi & Libat Urus IIM.