Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Bahagian Integriti, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Kesedaran Integriti” pada 5 Julai 2022.
Sesi yang dilakukan secara dalam talian ini telah dihadiri seramai 45 peserta yang terdiri daripada wakil Pengurusan dan Professional PPUM.
Sesi telah disampaikan oleh En. Suhaimi Mohd Noh, Konsultan IIM.

