Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan menyampaikan ceramah bertajuk “Kepentingan Budaya Integriti dan Etika Kerja Dalam Organisasi” anjuran Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur pada 30 September 2022.
Sesi yang berlangsung selama 1 jam ini telah melibatkan 70 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan pengajar dan staf sokongan. Selain itu, turut hadir ke sesi tersebut Pengarah ILPKL, Puan Nor A’yana Binti Mokhtar.
Ceramah telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, Pn Munah Abdul Aziz

