Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti Teras Keluarga Malaysia” bagi Seminar Pembudayaan dan Penghayatan Integriti sempena sambutan Hari Integriti Tahun 2022 peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 1 November 2022.
Program yang dilaksanakan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya ini dihadiri seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA BERHAD).
Sesi ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pn Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.

